Tuesday, July 16, 2013

KEMPEN DERMA DARAH PERDANA



Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia berjaya menganjurkan Program Kempen Derma Darah Perdana “Malaysia Book of Records 2012” yang dijalankan serentak di 29 buah politeknik di seluruh negara.


Politeknik Ibrahim Sultan Johor Bahru telah dipilih sebagai lokasi pengisytiharan dan penyerahan Sijil malaysia Book of Records manakala koordinasi program dilaksanakan oleh Yayasan Sukarelawan Politeknik. Jabatan ini mensasarkan seramai 13,299 orang yang akan menderma darah terdiri dari pelajar, staf dan masyarakat sekitar.

 
Sehubungan dengan itu, Politeknik Muadzam Shah telah mensasarkan serama 160 orang penderma dan pada jam 3.45 petang sasaran ini telah dapat dicapai dengan jumlah penderma seramai 162 orang.

Monday, July 15, 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA



Berdasarkan konsep gagasan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, kerajaan  janji kepada rakyat dengan  sekali lagi memberi Bantuan Baucar Buku 1 Malaysia yang membantu perbelanjaan awal semester perkuliahan pelajar IPTA diseluruh Negara. Ini termasuklah pelajar Politeknik Muadzam Shah. Kadar bantuan RM250 disediakan untuk setiap orang pelajar berupa baucar RM50 dibahagi kepada 5 keping baucar dan sah diguna pakai selama 5 bulan sehingga 31 Mei 2013. Pelajar perlu memastikan baucar dalam keadaan elok sebelum membeli buku kerana pihak politeknik tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan baucar pelajar dan pelajar sendiri perlu menanggung kerosakan atau kehilangan yang berlaku.

Sekiranya nilai pembelian kurang daripada RM250, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran yang lain seperti buku catatan dan alatulis manakala baki baucar buku yang tidak dihabiskan dianggap telah digunakan dan tidak boleh dituntut manakala nilai buku melebihi RM250 pula, pelajar perlu membayar sendiri lebihan tersebut dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada pihak PMS.

Pihak PMS juga mengingatkan bahawa baucar buku yang diterima tidak boleh dipindah milik, ditukarkan dalam bentuk wang tunai atau dijualkan kepada pihak ketiga malah pelajar yang telah berpindah institusi pembelajaran hendaklah menuntut baucar BB1M tersebut di institusi pengajian yang baru.