Berdasarkan
konsep gagasan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, kerajaan janji kepada rakyat dengan sekali lagi memberi Bantuan Baucar Buku 1
Malaysia yang membantu perbelanjaan awal semester perkuliahan pelajar IPTA
diseluruh Negara. Ini termasuklah pelajar Politeknik Muadzam Shah. Kadar
bantuan RM250 disediakan untuk setiap orang pelajar berupa baucar RM50 dibahagi
kepada 5 keping baucar dan sah diguna pakai selama 5 bulan sehingga 31 Mei 2013.
Pelajar perlu memastikan baucar dalam keadaan elok sebelum membeli buku kerana
pihak politeknik tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan baucar
pelajar dan pelajar sendiri perlu menanggung kerosakan atau kehilangan yang
berlaku.
Sekiranya nilai
pembelian kurang daripada RM250, pelajar dibenarkan membeli peralatan
pembelajaran yang lain seperti buku catatan dan alatulis manakala baki baucar
buku yang tidak dihabiskan dianggap telah digunakan dan tidak boleh dituntut
manakala nilai buku melebihi RM250 pula, pelajar perlu membayar sendiri lebihan
tersebut dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada pihak PMS.
No comments:
Post a Comment